Tuesday, March 25, 2008

ARTPIECE FOR MEKAR CITRA - THE MAKING

ArtWork ni tajuknya.. ' Inspirasi.. Semangat '57 ' Dibuat Sempena pertandingan Melukis ' MEKAR CITRA - SEMPENA 50TAHUN MALAYSIA MERDEKA, anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Galeri Shah Alam. Menggunakan sepenuhnya cat minyak serta bersaiz 170sm x 170sm bersamaan 5.5kaki x 5.5kaki. Lebih kurang beginilah statement lukisan aku..
' bermula dari inspirasi 31 Ogos 1957.. Peristiwa Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan melaungkan kata keramat.." MERDEKA " telah bergema ke serata pelusuk negeri.. tanda MALAYSIA sudah bebas dari jajahan.. Letusan semangat itu akan membara dan melangkaui segalanya.. AKan tetapi.. apakah kemerdekaan itu merdeka yang merdeka? Adakah laungan itu sudah cukup tanpa disertai dengan jiwa dan faham merdeka? - kini ada manusia malaysia yang untung besar kerana MERDEKA..

Aku ni bukan apa.. saje je nak tunjuk proses artwork ni.. aku ambik masa lebih kurang seminggu nak habiskan.. so terpaksalah berkampung di STUDIO DIKALA JINGGA..
Seksa gak nak habiskan painting ni.. sampai sakit2 belakang! Kawan aku si Zulkiflee Zainul Abidin tu pun buat jugak.. so siang malam ngan dia.. ada a few gambar si Zul yang ambik!
Setelah siap.. sampai masa buat frame.. Frame pun buat sendiri.. Pastu sewa lori.. pasal nak hantar kat galeri Shah Alam.. Si Ajak yang arrange lori.. budak dia yang bawak!

Jadi.. lukisan ni telah pun dipamerkan di ruang pameran Galeri Shah Alam.. yang dirasmikan oleh Sultan Selangor.. yang bestnya painting tu telah di ejas dan diletakkan betul2 belakang tempat duduk Sultan.. tu yang macam legend je rasa.. Sultan berapa kali dok pandang2 jeling artwork tu.. barangkali pasal painting tu ada aura.. bukan aku cakap, orang lain cakap..

Tak Cukup dgn tu.. datanglah.. satu orang ni.. namanya En.Faisal Mustafa interested nak guna lukisan tu untuk cover buku dia.. aku pun dengan x sempat memikir.. setujulah.. ingat buku biasa2 je.. rupanya.. Buku tu.. serius gak contentnya.. ' Tajuk buku.. KONFLIKTING- MELANGKAUI SEMPADAN ' iaitu sebuah buku kompilasi rencana2 serta nukilan pendapat penulis muda mengenai situasi dan pergolakan politik Malaysia.. jadi Faisal Mustaffa yang menyusun buku ni.. di bawah www.merpati-jingga.com.

Majlis Perasmian pelancaran buku ini telah diadakan di Hotel Corus.. Ampang Buku ini dilancarkan bersama oleh Pengarah Program Malaysia, Dr Busarin Deesariyawong dan Pengarah Eksekutif Open Dialogue Centre, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad, 09 Disember 2007.
Buku ni.. telah berada di pasaran.. boleh didapati di Popular Book Store..

Last sekali.. Artwork aku ni.. telah dibeli oleh sorang ni.. kat galeri Shah Alam.. bukan orang sini..
Sekarang lukisan ni.. berada di VICTORIA, U.S.A.